mcm2 betul yg berlaku dlm dunia skang. contohnya :
Ibu mengaku seterika anak sulung
KLANG 5 Mei - Seorang ibu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencederakan lengan dan tengkuk anak sulungnya menggunakan seterika panas.
Maslinda Tubari, 28, mengaku mencederakan Nur Aliya Safa Ismail, 12, pada pukul 7 pagi, 27 April lalu di rumah, Lot 1723, No. 9D, Sungai Udang, di sini.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.
Majistret Gan Chee Keong menetapkan kes disebut semula pada 6 Jun ini untuk meneliti laporan perubatan mangsa. - Utusan
takut betul aku cemana ibu kandung ni bleh seterika anak sendiri. kalo anak tu degil mcm hapa je perangai, jgnla wat sampai boleh membunuh anak kan. wah wah takut2. aku ni pun masa kecik2 nakal. bila besar pun nakal. nasib baik dpt ibu dan ayah yg penyabar. huu. wah takutnya mau ada family sendiri!!! wah jgn kawen la mcm ni!!! suma menakutkan. dengan kes cerai berai lg zaman skang. contohnya rekod hebat roslin hashim kahwen 12 hari je. apa kejadahnya tu kawen2 ta sampai 2 minggu ni. apa na jadi dengan dunia skang ni!!! ngapain dong semua ini berlaku!! bawak2la bertobat wahai manusia sekalian alam. pikir2la kamu tu bila2 je bleh mati. oh ye tetibe lak aku na copy paste emel yg aku terima dari kak latifah. jap eh aku carik jap.
aik da cari2 rupanya aku da delete emel tu. huu. ta jupa da. em emel tu psl tanda2 100 hari sebelum kamu menjadi arwah. so kalo rasa ada tanda2 tu jadi pada kamu so bertobatla byk2 dlm masa 100 hari tersebut. em jap2 aku google kot2 ada kat tenet psl emel tu.
ok da jupa. here it goes :
Tanda 100 Hari~ Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 Hari
~ Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 Hari
~ Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 Hari
~ Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Tanda 1 Hari
~ Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
~ Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
oh ya btw ni aku copy paste plak dr blog yg aku jupa psl tanda2 kematian ni:
Selain itu, terdapat juga cara lain untuk kita mengetahui yang diri kita sudah pun menghampiri hari kematian. Seperti yang pernah diceritakan oleh Arwah Atuk belah Ayah saya, caranya lebih kurang begini;~ Tekapkan kedua-dua belah tangan pada kedua-dua telinga kita. Adakah kita masih boleh mendengar bunyi deruan angin ditelinga kita?
~ Dengan menggunakan kedua-dua mata, cuba lihat hidung kita sendiri. Adakah kita masih dapat melihat batang hidung kita sendiri?
Sekiranya telinga kita sudah tidak mampu mendengar bunyi deruan angin dan mata kita tidak lagi dapat melihat batang hidung kita sendiri, maka ini bermakna kematian sudah pun menghampiri diri kita.
ps: btw aku sebenarnya na wat tag perfect lover ngn blogger award ni. tp sokla ku wat. na sambung study la. k, tata.
pss: tulisan berkaler coklat tu aku yg tulis. kaler selain drpd itu adalah copy & paste.
psss: Ya Allah panjangkanlah umur hamba mu ini Ya Allah. berikanla aku peluang untuk hidup sepuas2nya Ya Allah. aku belum jejak Mekah lagi. aku belum jejak UK lagi. aku na merasa jadi seorg ibu. amin.
salam. =)

6 comments:
panjang hajat ke UK? ada apa kat UK tu? sejuk je pun. crowded plak tu.nak kuar pun asik pakai baju tebal2..hahahahaha..better pi US,Australia, brazil ataupun afrika selatan. selain dari mekah.
nk g sydneyyyy
padel - best ape gi UK tu. ko ta nampak ke ape yg menarik kat UK tu. byk bende yg best tau. hohoho
kak huda - akak na g da pun kan ujung taun ni. tercapaila hasrat. =)
muni!! dah lame tak pi blog muni!!! pekabo???kite add muni punye blog kt kite nye blog eh???
selain bnyk tmpt mnarik kt UK tu,sy tau tujuan hasrat utama kamu mau ke sana...muahahahaha..
hani ~ ok! kte pun add hani nye kat blog kte. tp ta kua update. agknye sebab hani gune coding classic html
mc laa ~ haha. laa, yg tu jatuh no 2. tujuan pertama op kos la na jln2. =p
Post a Comment