WANITA TANAH
***************
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak;
Taurus (21 April-20 Mei),
Virgo (24 Ogos-23 September) dan
Capricon (22 Disember-20 Januari).
? Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
? Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
? Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
? Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
? Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
? Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia d! an berwibawa.
WANITA API
************
Wanita api dilahirkan di bawah lambang;
* Aries (21 Mac-20 April),
* Leo (24 Julai-23 Ogos) dan
* Sagittarius (23 November-21 Disember).
? Dilahirkan sebagai pemimpin
? Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
? Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
? Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
? Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.
? Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
? Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
WANITA ANGIN
***************
Mereka ini lahir di bawah lambang ;
* Gemini (22 Mei-21 Jun),
* Libra (24 September-23 Oktober) dan
* Aquarius (21 Januari-19 Februari).
? Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
? Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
? Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh sungguh.
? Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
? Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
? Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
? Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.
WANITA AIR
************
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak;
* Cancer (22 Jun-23 Julai)
* Scorpio (24 Oktober-22 November) dan
* Pisces (20 Februari-20 Mac).
? Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
? Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati hati.
? Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
? Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.
8 comments:
ai wanita cancer....oww...sungguh kebetulan semua tu...hihihi..ai mmg tak tetap pendirian dalam membuat keputusan....mcm..the best man win laaaa..hahhaa
aku wanita air... hmm?
irra wanita air? mudah menagis? oh tidak~
senang buat orang menagis ye la...hahhaa~!
sy wanita api..awww..romantis dan tidak pemalu-- =P
aku wanita api yg mmg berterus terang dan ada bkt lead korang..lead utk reunion jela..hehehe..
akak wanita angin. hmm...
kte wanita api!! hehe
happening gila hari ko time tu...
p/s: kalau aku wanita.. aku wanita Api. pergh!!
Post a Comment