Saturday, May 17, 2008
Selamat Hari Guru
16 Mei merupakan Hari Guru yang disambut setiap tahun. setiap orang punya anggapan berbeza terhadap pengertian hari guru yang sebenar. begitu juga aku. tapi, biarlah persepsi ku terhadap hari guru disimpan di dalam lubuk hati yang dalam. kerana, pengertian aku terhadap hari guru begitu luas maknanya. tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. tidak dapat diimaginasikan dengan apa jua bayangan.
guru, insan yang mendidik ku menjadi insan berguna. ya, terima kasih buat kedua orang tua ku. yang menjadi guru sebenar di mataku. kamula, ayah ibu ku, yang kusayangi. terima kasih wahai ayah. terima kasih wahai ibu, kerana mendidik ku menjadi seorang insan yang berguna sehinggalah aku bakal menginjakkan kaki ke umur 24 tahun menjelang akhir tahun ini.
mungkin, aku belum mampu mendabik dada mengatakan ya, aku sudah cukup hebat tapi, aku akan cuba yang terbaik untuk membanggakan kamu berdua. insyaAllah. try my best as possible as i can.
buat ayah, Haji Rosdy Haji. Dalhani, semoga ayah akan terus menjadi seorang pendidik yang terbaik di mata masyarakat dan keluarga. segala pengorbanan mu selama ini mengajar anak-anak murid mu juga anak-anak mu ini, mungkin tidak mampu terbalas. hanya doa dan kejayaan kami la, yang termampu kami lakukan.
buat ibu, Hajjah Siti Aminah Haji. Ibrahim. Yang dulunya seorang pendidik, tapi kini dikehendaki bertugas di Jabatan Pelajaran, ibu la ibu terbaik, juga guru terbaik di hatiku.
buat guru-guru SK Kalumpang, SRK Holy Trinity, SMK Tawau, guru-guru tuisyen tika zaman sekolah dulu, pensyarah-pensyarah Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, juga pensyarah-pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. berbilion-biliion terima kasih ku ucapkan.
jasa kalian akan sentiasa ku kenang.
p/s teringat sambutan hari guru tahun lepas. ketika itu, aku bertugas sebagai guru ganti di SK Rampayan, kota kinabalu. baru saja bertugas selama 2 minggu, tapi anak-anak kecil di sekolah itu sudah tahu menghargai kewujudan ku sebagai guru mereka. bunga-bunga, hadiah-hadiah dan kad-kad ucapan yg dihadiahkan oleh mereka cukup besar maknanya buat ku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
owh..happy belated teacher's day to you too!!!
awk kan lecturer gak....=)
thanks akak. =)
Post a Comment