petang tadi lepas asar kua g Taman Universiti. hajat utamanya mau ke kedai rainbow membeli kertas double A utk thesis nnt. beli 2 rim, total 1000 helai kertas la aku dpt. sebab planning mau buat hard cover tu 5 copies. 2 tuk fakulti. 1 tuk aku, 1 lg supervisor, 1 lg tuk sponsor aku. berat gila bawa paper2 tu. isk2 mcm bawak batu pulak. pas tu, aku n dina, pegi ke jusco pulak. yg hanya berhadapan saje ngn rainbow tu. mcm biasa, jusco ni mmg port wajib budak2 utm. every weekend budak2 utm je memenuhkan ruang kat jusco tu. kat ctu adalah na beli brg2 keperluan cket. beli dynamo sebab dynamo aku da abes wpun tinggal 2 minggu je lg aku kat cni. kalo ta abes, aku derma lah kat sape2 nanti. pas tu mcm biasa, asal ke jusco, mesti akan membeli sushi. ekceli, aku bukanlah peminat tegar sushi ni. dan tidak jugak aku mengiyakan bahawa sushi itu adalah sedap. sebab bagi aku, nasi putih adalah lebih sedap drpd sushi. hahaha tp umpama 1 kemestian, asal ke jusco mesti akan membeli sushi. so mcm biasa, hanya 3 jenis sushi saja dibeli. ta mo beli byk2. saja2 beli utk dimakan dan dikunyah. bukan utk kenyang.
sushi jusco. cuma bernilai rm3. rm1 satu. hehe rm3.00 boleh dapat nasik ayam meranti arked satu. fuuuhhh
pas tu, setelah abes membeli barang2 keperluan dan memasukkannya ke dalam troli, singgah pula ke bahagian untuk wanita saja. diulang utk wanita SAJA. ;b kat ctu, nafsu ku sekali lagi bagai digoda lalu aku membeli berhelai2 barang2 d ctu yg berkale2, mcm2 ada, pink, biru, itam, klabu. huhuhu isk2 pengsan. ikutkan hati mau saja ku angkut semua. tp apakan daya, hati dan otak masi boleh berfungsi dengan baik. hehe pas tu kitorg pon byrla brg2 tersebut. pas tu singgah pulak ke guardian (tah kenapa ni kedai tiap2 bulan mesti pegi) n HP (sebab na beli catridge utk print thesis aku. buat thesis ni mmg guna byk duit betullah. nasib baik nnt akan dbagi elaun thesis. huhu)
setelah selesai hal2 d jusco, then kitorg pun ke mama chop papa grill (aih napa baru kuar nama ni sedangkan tajuk entri adalah mama chop papa grill). kat ctu kitorg pun memilihla menu untuk dimakan. aku amek chicken chop black pepper. mmg sedap sgtla (boleh fight kat secret recepi punye ayam black pepper. coz kat secret tu fevret aku. hihi) tp kenyang gile sampai aku rasa na termuntah time balik tu sbb kenyang sgt. haha fries siap ta abes lg. syg pun ada membazir namanya, tp apakan daya perut ku ta mampu na tanggung da. so sape2 yg na pegi utm skudai, leh singgah mama chop papa grill ni. mmg sedap western food die. rasanya kat kl pun ada cuma aku tatau kat mana. selama ni minggu2 lalu kat depan kedai tu. tp ta tepiki lak na singgah. ni na abes da blaja baru singgah. hihi apo daahhh. tp ok la, sekurang2nya berpeluang jugak aku merasa makan kat kedai tu. mama chop papa grill taman u ni terletak kat belakang jusco. bukan dalam jusco. terletak betul2 sebelah al ihsan factory tu. kedai al ihsan ni memang feveret abg ipar aku. kedai tu jual barang2 murah adidas, nike. 2 kali dorg anta aku ke utm, 2 kali tu jugaklah mesti na singgah al ihsan tu. huhuhu

mama chop papa grill
menu dina. campuran chicken chop + lamb chop + salmon. isk2 byk tol makan. aku ta makan kambing so kambing mmg ta makan. hehe

menu aku. chicken chop black pepper.
p.s : tensen nya aku ngn tenet ini malam. slow slow slow!! ayoyoyoyo. nda sabar eh mo guna streamyx. kalo kat hostel ni bleh psg streamyx da lama aku pasang. hihihi tp sabar je la. sabar itukan separuh daripada iman. hihi :)
p.s.s : dan disebabkan tahap slow yg mcm ciput wpun aku dengan keterpaksaan membayar rm98 bulan2 which is sgt ta berbaloi, maka niat utk menatap gambar2 di facebook yg diuplot ari ini oleh rakan2 dan sedara mara terpaksalah dipendam. T.T
p.s.s.s : sebenarnye entri telah dibuat malam tadi, tp disebabkan tenet slow so gambar tu ta reti2 na abes uplot sampailah aku tertido na tunggu2 dia, so lets just assume this entry is last nite entry. hehe daaaa~moon~