Sunday, February 15, 2009

Singapore

Semlm aku pegi singapore. singapore ni mmg best. dengan org2 nye yg ensem2 (read: melayu dan english fluent abes). mmg suke dgr dorg ckp. da la ensem kan. kat mesia, rmai yg power english. tp bile speaking ta power pon. haha. nanti na anta anak aku blajo kat singapore la. dari standr 1, sampai amek o-level. tetibe je betray negare sendiri. ta suke ngn sistem pendidikan cni. haha.

kat singapore ni bese2 je. cantik tu cantikla. development sume power. yg best kalo g geylang bleh angkut jubah cantik2 kat sane. jubah style mcm tu ta dpt kat mesia. tp bleh dpt kat indon. harga pun murah2. dlm 15 -50 $ je. kalo tuka duit mesia pun stil consider murah gak kan. aku tau kewujudan jubah2 ni pun mase blaja kat uia dulu, kwn aku fasihah, dak singapore, jual jubah2 ni kt kitorg. aku beli byk gak la jubah dr die. so, bile da dtg singapore ni, da tau la kat mane die beli jubah2 tu. hihi. kwsan geylang ni mmg tmpt org2 mlayu la.

kitorg pegi awl pagi, seawl kol 7 lebih am. bertolak dr UTM. lebih kurang sejam pas tu sampai kat esplanade. (read: sejam sebab kene lalu imgresen, cek2 sume la). amek2 gamba. pas tu pegi dekat merlion tu, amek2 gamba lagi. pas tu kitorg g china town. shopping2 cni. aku beli t-shirt (sume ade lambang2 n tulisan2 singapore), keychain, magnet. spend kat cni dlm 90$.

pas tu, barula kitorg pegi geylang. lunch kat sana and solat. kat ctula aku beli jubah tu. cantik gile. harga 20$ je.

then, kol 2pm, kitorg pegi la ke sentosa island. kat sentosa island, aku ta bleh ckp dengan menulis n kata2 ttg kebestan die sebab best sgt. haha. aku spend 30.90$ kat cni. aku amek yg package punye. maksudnye, aku bleh masuk/maen 4 tempat/bende. cane na explain tah, korg p la bukak sentosa island (http://www.sentosa.com.sg/) tu, and bace sendiri la ape yg ade kat ctu. haha. kalo ta na package pun bleh, beli tiket satu2 la tuk tmpt yg korang na masuk and maen. disebabkan aku sendri ta abes lg explore sentosa island ni, maka dengan rasminya, sem depan, insyaAllah, aku akan datang ke singapore lagi. haha. pas tu kalo ta abes lagi explore, pegi la lagi sekali sem depan. haha. maklumla, duk cni 3 sem je insyaAllah. so dengan itu, sebagai jiran singapore, gune kan la mase itu sebaik mungkin kan. sentosa island ni mmg best la. na compare ngan sunway, genting, mines, afamosa w.world, safari or ape2 theme park yg ta best kat kl tu, i will put sentosa island di carta pertama.

then waktu mlm lak kitorg tgk songs of sea kat sentosa island ni. mende ni waktu mlm je ade. best sgt. yg part2 laser 3D, and ngn air2 pancuran yg berkaler2 dengan selingan bunyi yg menarik aku da tgk mende same kat mines wonderland n brunei, tp kat cni jauh lagi best berganda2 best die drpd kat mines yg ta best langsung itu. haha.

selepas saje abes song of the sea, kitorg pun blk la ke UTM. sampai UTM dlm kol 1030pm. ape2 pun, mmg best sgt. pas ni ta dpt la lagi jupe encik firdaus (merangkap tour guide kitorg), die student degree sebenarnye kat cni, orgnye best, maka trip itu pun menjadi best. arap2 encik firdaus pun ta jupe blog aku ni kerana nanti kantoi bahawasanya aku sememangnya mengadmire dia bukan kerana rupa dia (sebab dia mmg ta ensem pun). haha, tp kerana personaliti yg aku tatau na explain cane, plus dia pun sweet orgnya. masa sebok2 g singapore ari tu aku mmg malas na mengsms dia ni apatah lg mengcol2. tp terpakse sebab na tanye ape2 kene la mengsms n bercol2 die ni. tp pas trip laen plak jadinye. huahua. tp, disebabkan trip pun da abes, so da tade urusan lg na bersms2 ngan dia, so aku pun tutupla buku psl encik firdaus tu. kalo terserempak kat utm ni pun nnt, buat2 ta kenal jela kan. haha. mane bleh suke ramai2 org satu masa, aku hanye boleh suke satu org je ok. sape org itu, biarlah rahsia. haha. tp malangnya org yg aku suke itu telah mengignore aku. i taula i sape. i perangai mcm budak sekolah je. em, ape2 ajela.

sebagai penutup, here are some pics from me.




esplanade.



singapore eye



otw dari esplanade ke merlion park



the merlion



china town



sentosa



fort siloso



bang bang. pakcik kene tembak.



sky tower



images of singapore



saye mahu kahwen. tp patung je sudi kawen ngn saye.




di atas skyride.



wah tingginye.



yea, da na sampai.



songs of the sea.



di tepi pantai.



bunge-bunge.



bunge besar.



merlion gergasi.


tgh tunggu songs of the sea start.

itu saje la dari aku. next time sape2 yg ingin ke singapore lagi, sile la ajak aku bersame. tp aku na ke sentosa island je ok. ta na pegi tempat2 laen. duit singapore aku pun ade lg 20$ ni. aku simpan aje la utk kegunaan di kemudian hari. maka dengan itu, bye2.

p/s: sila click gamba2 di atas for larger image.

Saturday, February 7, 2009

Warga Asing

baru ni sembang mamat warga asing kat cni. dia wat degree. die yg tegur aku dulu. biasela, warga asing kan peramah. dan seperti biasala, insan peramah cam aku bw jela dia sembang. nama nya kassim, dr yaman. pas tu br beberapa min sembang, dia mintak no henpon aku. alasan? saje2 mintk. of coz la ta kasi kan. lalu, aku dapati die mcm sedih dan tiba2 mls na sembang ngn aku da. hahaha. ape2 jela.

p/s : tgh ta study. tp ta leh focus. bile ta bleh focus, mule la berkaca2 mata aku ni. kenapa berkaca2? nanges la ape lg. nape kene nanges kalo ta leh study? entah. sekarang ni hobi terbaru aku adalah nanges. kalo study ta leh masuk je, aku mesti nanges. nanges2. lalala. minggu depn ade test. assignnment yg bertimbun ta buat lg. mcmane la keje na settle kalo ta leh focus kan. em, k la. try to focus! baru ni g imigresen wat pasport. pas tu jupe budak name wazir yg handle trip ke singpore. ensem n comel budak ni. abesla aku kalo die jupe blog ni. arap2 ta aa. hahahaha


Tuesday, February 3, 2009

ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA

PETUA DARI
Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa
jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat
ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga
kesihatan luar dan dalam.


Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul
Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup
dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk
kebahagiaan rumahtangga.


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka
dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

p/s credit to kak latifah for the forwarded e-mail.

Saturday, January 24, 2009

Panduan Mengenali Perangai Wanita (Rahsia 4 Unsur)

WANITA TANAH
***************

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak;
Taurus (21 April-20 Mei),
Virgo (24 Ogos-23 September) dan
Capricon (22 Disember-20 Januari).

? Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.

? Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.

? Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.

? Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.

? Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.

? Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia d! an berwibawa.

WANITA API
************

Wanita api dilahirkan di bawah lambang;
* Aries (21 Mac-20 April),
* Leo (24 Julai-23 Ogos) dan
* Sagittarius (23 November-21 Disember).

? Dilahirkan sebagai pemimpin

? Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.

? Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.

? Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.

? Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.

? Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.

? Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


WANITA ANGIN
***************

Mereka ini lahir di bawah lambang ;
* Gemini (22 Mei-21 Jun),
* Libra (24 September-23 Oktober) dan
* Aquarius (21 Januari-19 Februari).

? Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.

? Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.

? Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh sungguh.

? Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.

? Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.

? Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.

? Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

WANITA AIR
************

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak;
* Cancer (22 Jun-23 Julai)
* Scorpio (24 Oktober-22 November) dan
* Pisces (20 Februari-20 Mac).

? Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.

? Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati hati.

? Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.

? Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.




p/s ni copy paste dari emel forward yg aku trime. skang ni, aku dekat umah mc laa, kat tmn desa, KL. baru je sampai dr JB semlm nek bus. byk tol dugaan naek bus ni. mule2 bus yg patut bertolak kol 1230pm, jadinye delay ke 230pm. ok, bleh sabar lg time tu. org tu kata kononnya bus rosak tu psl delay 2 jam. dengan broadband celcom yg bengong da berapa ari ta dapat online kt UTM ni. org celcom kat UTM tu kata sim card aku problem. tp nape org len pun ta dpt online. ta kan sume org at the same time sim card bengong. ni aku kat umah mc laa ok je broadband aku. seb baik try kat umah laa dulu, kalo ta, ta psl2 kene tunjuk muke kt celcom centre tu. pas tu psl bus td tu, da la delay, bleh plak aku n ex rumate aku (ex sebab aku duk blk sorg skang), tade seat. sebab bus ganti tu ade 40 seats je. sedangkan bus yg asal ade 42 seats. so, kitorg berdua la yg tade seat. melampau tol. pas tu ade ke patut die soh kitorg nek bus kol 530. sape yg na kan. da la byr mhl rm10 sebab kononnya CNY ramai org blk so tambang mhl. pas tu bos company bus yg ta best langsung tu g la have a soft-talk ngan ade due org dak laki kat blakang. and dak laki 2 org ni seb baik la baik, diorg kasikla seat diorg tu kat kitorg. and dak due org ni duk kat blakang kitorg. tempat diorg duk tu bukan seat, jus mcm papan keras je. huhu. kesiannya dorg. lepas tu... alahai da malas na tulis. lepas tu, bus ni byk bentila. mule2, die tunggu setengah jam sebab na amek surat perjalanan, ade org baru na anta. pas tu, bus ni berasap. terpaksela pakcik india turun and cek. then, tayar bus lak pecah. terpaksa tunggu sejam lebih na tunggu tyr baru dtg. ape la dorg ni ta spare tyr siap2. all in all, kitorg sampai 9 mlm, ni aku turun kat hentian serdang, coz abg aku amek kat ctu. kalo org len yg turun kt pudu, lg la lambat sampai. pas abg aku amek, kitorg g mkn kat tmn desa, pas tu br g umah mc laa. ari ni na shopping brg jap kat mane lg kalo bukan jln tar. haha. sok pagi2 buta 730am, flight ku ke labuan, ngan abg aku, naik air asia. ekceli CNY merangkap cuti mid sem ni, aku ta plan na blk. tp tah np seminggu sebelum cuti baru decide na blk, then beli la tiket ngn harga yg mahal tp ta la sampai seribu. aku dpt rm300 lebih air asia ni. nanti blk aku nek MAS, dr KK, aku dpt rm300 lebih gak. tapela, yg penting aku blk. k la, ponat da tulis. tata


Saturday, January 10, 2009

Sedih

Hari ni sedih sgt. but i will keep it as a private. once it is a private, it will be always a private. ta na cite kat blog ni. time kaseh sgt2 kat adik izy yg jauh di france for all d support and motivation words. u r right. they are mars. we are venus. we will never understand their language until ever n ever. thanx so much for the beautiful voice u have. i was amazed. u r so talented with the composing and singing. whenever akak rase sedih and demotivate, akak akan dengar suara kamu yg sedap itu. and kamu yg cute itu. hihi. u r such a really grown up girl compare to me. ada apa dengan umur, kalau pemikiran ku tidak seiring dengan usia ku. huhu

p/s : u r just a resemble of a modern snow white. cute sgt. hihi

Wednesday, January 7, 2009

Mata Pelajaran

since sambung blaja ni, aku makin merasakan bahawa diriku semakin membosankan. haha. tgkla, sampai blog pun nampak la sgt kebosanan seperti tuan punya blog. tp, tidak mengapa. it's ok. bukannya aku kebulur ta makan nasi kalo blog ni bosan. btw, aku na cite cket psl subject aku amek sem ni. byk bende na tulis ni, tp penat la na menaip panjang2. lgpon pas isya ni, aku na wat keje skolah. kene fokus2. yeah2! mari kita wat kerja rumah yg cikgu kasik.

aku amek MSc Mathematics kat cni. concentration : Operational Research. apa kah itu OR? carik sendiri kat google or mane2 internet search yg kamu suka. sem ni amek 4 subject je. iaitu, sila lihat senarai di bawah:

1) Advanced Optimization Technique
2) Supply Chain Modelling
3) Mathematical Analysis
4) Falsafah Sains dan Pembangunan Sosial or (Seminar on Development and Global Issues)

explaination :

1) ini merupakan elective subject under OR
2) sama seperti no. 1
3) ini merupakan core subject (choose 2 from 3 core subjects)
4) ini merupakan university subject (tengah pilih antara dua sebab ta sure na amek mana, na pilih falsafah ke global issues)


isnin, rabu, khamis ade clas. slasa n jumat tade class. free of charge. tp sebenarnya jadual skang ada clas, selasa mlm. tp mlm tu jela. tu yg semangat na tuka section ni. tp da form group da pun. n da ade title presentation. aish, bagaimanakh ini. srkang ni tgh dlm proses na pilih subject univ yg mane, and section mane. ala, mcm zaman kite amek UNGS tu kan. mcm tu la. kalo jadual da settle, maksudnya selasa n jumat tu betul2 free la. kalo ade perubahan lagi, nampak gaya ta free la kot. em, ok la. malas na tulis da. daaaaaaaaa

p/s. saturday lepas kuar g city square, JB tgk cite bedtime story. lagi satu na gtau, aku kena assigned oleh lecturer aku utk jadi ketua kumpulan utk class SCM kitorg. ada dua grup je pun. 1st grup is lead by Foo. aku 2nd grup. ok, kena set ni bila na discus. adoi, malas. bye keje. =(

Thursday, January 1, 2009

class

hari ni 1st time aku g clas. ingatkn tade clas. kan taun baru ari ni. rupenye ade clas. haha. johor ta cuti rupenye. bukan main lg aku planning next week baru ada clas. so far ok la clas. lecturer pon mcm baik je, classmate pon best. wpun ta rmai. yg penting, bleh kurus aku kat utm ni. clas sume level 4. pas tu aku naik tangga je. ta jupe lif. tah kat mane lif kat cni. pas tu asek sesat je. tempat mkn aku selalu pegi kat cni meranti arked. dekat ngn FAB. teksi pun kat ctu. senang aa na kuar. td g makan kat pak lah cafe. pas tu, yg plg best ngn faculty aku ni dekat gile ngn masjid n libry. faculty aku faculty science. same je cam kt uia dulu kulliyah of science. rase mcm kat uia je. dekat sgt. sebelah2 je. lg dekat ngn KOS g masjid. yg ta best, kolej aku jauh gile ngn faculty. kalo aku ckp aku duk KTGB, org mesti tekejut. "eh, ada pompuan ke duk ctu?". tau ape maksud die? maksudnye tu kolej laki la. kitorg ni pelopor. tau! haha. tp takut seh blk mlm2 kalo sorg. na g kolej ni kalu dari main entrance jauh n sunyi. pas tu kolej laki kan. pompuan pun ta ramai kan. arap2 la org2 kat cni baik2 belaka. tp kan, nape kt utm ni susa na jupe org ensem? laki berlambak bukan main. tp tade pun yg ensem. haha. tp, ok la tu tade ensem. sekurang2nya, ta yah la cuci mata kat cni. dtg cni na g blaja kan. so, blaja jela. ta ya cuci2 mata ni. wat penat je. k, pas ni study rajin2.

Tuesday, December 23, 2008

Blogging

Aku da malas na berblogging. setiap kali na tulis sesuatu kat blog ni, perasaan teruja na menulis tu tetiba hilang. org kata, kalau perasaan itu kita cambah, kita belai, ianya akan menjadi semakin mekar. tp, aku akan cuba melayukan perasaan berblogging ini. bukan setakat layu, matikan ia terus. huhu.

should i say bye-bye to dunia blogging? em, tengokla keadaan, waktu, dan tempat. mungkin perasaan itu akan datang semula, atau pun ia akan pergi, pergi jauh dan tidak akan kembali. shuh, shuh. (ayat menghalau). hehe

p/s: kepada nombor ini, 0125676177 dan beberapa nombor lain yang tidak dikenali, sila hentikan aktiviti kamu untuk miss call2 aku setiap hari, waktu orang tengah tidur. tidak kah kamu rasa bersalah dengan tindakan kamu itu? bukan sehari dua, tapi berbulan-bulan dan bertahun-tahun. shuh, shuh, shuh.

Wednesday, December 10, 2008

Mati

Mati itu indah. Bila mati itu akan tiba? 7 hari lagi hari jadi saya. hee. happy birthday Munirah! you are a good girl. forever and ever. =)

Saturday, December 6, 2008

Faizal Tahir

yippi! faizal tahir masuk akhir juara lagu. wpun aku da lama meninggalkan dunia hiburan, ooh, sejak bilakah aku join dunia hiburan ni sebenarnya. tp aku stil mengikuti perkembangan artis2 di malaysia. hoho. seperti ku jangkakan, faizal masuk akhir! memang best pon lagi die. sian c nubhan ngan dafi, arap muke je comel. oh dafi, ex-boyfren ku.

dulu2 aku suke sgt kutuk2 c faizal ni. time tu kat UIA Gombak lg. aku duk blok C, mahallah maryam. sebilik ngan hani, n huda yg suke lepak bilik kitorg. so, tiap kali start program one in a million, hani n huda pastti akan dtg ke compartment ku. sebab masa tu, comp aku ada tv card. so kitorg tgk tv kat compartment aku. time tu kitorg suke sgt kutuk c faizal ni. tah hape2 die nyanyi kan. lompat2 sana cni. time tu aku sokong gile ngan suki! pas tu kitorg suke gak kutuk2 c dayang nurfaizah tu.! perasan beyonce die tu! huda siap vote OUT tuk c dayang tu. haha

tp, people change. akhirnya, aku da minat plak c faizal tahir tu. tu la, jgn benci2 org. nanti kesudahannya tersuka plak kan. lain la kalo tade perasaan, cth: mcm aku memandang anuar zain, yg suatu ketika dulu kami bertemu di airport. ku tidak punya perasaan terhadapnya. so, dulu, sekarang dan bila2 ta kan ada perasaan. tp, kalo benci, nanti lwnnya suka la. hoho. untuk itu, utk kengkwn, jikalau kamu mempunyai perasaan benci terhadap seseorg, maka berjaga2la. hohoho (kesimpulannya, nil kan perasaan kamu itu. baru selamat kan)

p/s: ta lama lagi yon na kawen ngn jejaka pilihan nya kat kuching, sarawak. teringat aku masa zaman kitorg kat matrik UIA dulu. mcm hape je time tu. tp Alhamdulillah, yon da bertemu pilihan hatinya sekarang. =)







Model : Cik Lebah

Lokasi : Mahallah Maryam

Tahun : sekitar tahun 2004 or 2005 or 2006. ta ingat. =p